Thursday, June 01, 2006

Sekarang tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua murid dan guru. CUTI! Namun, di Singapura ini, disebabkan keputusan akademik yang semakin hari semakin hampir taraf kepentingannya dengan soal hidup atau mati, guru dan murid diharuskan kembali ke sekolah untuk mengajar dan belajar pada waktu CUTI!

Haiz. Lama-lama nanti, agaknya, perkataan CUTI bermaksud DATANG KE SEK0LAH, bukan BEREHAT.

Ini diburukkan lagi dengan adanya rating dan gred untuk sekolah dan guru2. Macam durian pulak (ada D24, X0, macam2 lagi.) Sekolah yang di'rating'kan rendah, maka ibu bapa tidak akan menghantar anak2 mereka ke sekolah itu. Jika ini berpanjangan, jumlah murid di sekolah itu akan berkurangan dan akhirnya sekolah itu akan ditutup dan guru2nya terpaksa berpindah.

Sebelum ada yang nak kata "alah takkan tak biasa. Pekerjaan lain pun sama jugak. ada lagi teruk". Itulah maslahnya. 0rang akan pandang KEJAYAAN sahaja. Bukan berapa BANYAK USAHA untuk mendapatkan kejayaan itu. (Maksudnya, pentingkan produk, bukan proses.) 0rang yang bekerja siang dan malam, macam nak pengsan, akhirnya dibuang kerja sebab SYARIKAT nak dapatkan lebih keuntungan lantas bawa masuk pekerja ASING! Pekerja tempatan/bumiputera diASINGkan daripada industri.

Berbalik kepada hal sekolah. Berapa banyak usaha yang dilakuakn oleh guru akan menjadi sia2 jika ada seorang ibu/bapa membawa cerita bahawa 'Sekolah ini tak bagus tau, gurunya selalu marah anak aku" (PADAHAL sudah berjuta2 kali diberitahu kepada anak itu agar tulis dalam diari supaya tak lupa, ini diari tiap2 hari dia TAK BAWA!" ... "Sekolah ini macam #$%^&, ada ke patut anak aku jatuh dan cedera, dia salahkan anak aku" (PADAHAL sudah anak itu sudah diberitahu berjuta2 kali JANGAN berlari, dia nak lari jugak. DEGIL!) .

Nah cuba anda fikirkan. Sebelum nak memperkecil2kan usaha seorang guru, cuba fikirkan mengapa seseorang guru itu berbuat itu dan ini. Dan jangan lupa, guru pun MANUSIA. Macam anda juga.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home