Friday, February 20, 2009

Aku Bingung

Aku bingung.

Dia berkata kepada aku dia tidak ada apa-apa hubungan dengan kawan dia.

Namun dia mesra dengan kawan dia. Dia alih duduk ke sebelah kawan dia walaupun pada mulanya (hanya seminit) dia duduk sebelah aku. Dia sudi menumpang kawan dia dan dia juga sudi ditumpangi oleh kawan dia.

Namun apabila aku berkata aku menyewa untuk menumpang dia, dia tidak sudi untuk ditumpangi. Aku sangat sedar dan tahu amat yang aku tidak boleh sesekali memaksa. Namun apakan daya. Aku tidak boleh menafikan aku sudah jatuh cinta pada dia.

Aku sudah bertanya berkali-kali pada dia tentang hubungan dia dan kawan dia. Dia pula berkali-kali menafikan dia ada hubungan istimewa dengan kawan dia. Namun aku lihat kelakuan dia tidak seperti apa yang diperkatakan oleh dia.

Walaupun ini semua berlaku, aku masih sayang dia. Patutkah aku terus berusaha memenangi hati dia? Atau tidak patut? Apakah sudah terjadi pada aku?

Aku bingung.


21 Februari 2OO9
O421hrs

2 Comments:

Blogger ::mc:: said...

Bingung. Bukan sahaja kau yg bingung. Bahkan aku juga tertanya2 di manakah lakaran hidup ku ini. Mungkin dulu aku tahu - Aku pasti bahawa aku akan ke arah itu. Tidak lagi sekarang. Kau bingung? Begitu juga aku.

Cinta. Wujudkah perasaan itu terhadapnya? Wujudkah perasaan itu terhadapku? Entah. Tak terjawab hingga kini. Tatkala, dia menunjukkan minat. Kadangkala, acuh tak acuh. Tetapi hati ini degil. Bisiknya tunggu. Tunggu apa? Aku pun tak tahu.

Kau bingung?.. Begitu juga aku.

::mc::

12:24 PM  
Blogger ::mc:: said...

Hei bagaimana dgn temanita lu? Apa sudah ada perubahan atau lu masih sekadar menggelamun di awang-awangan lagi? Haha. Maaf yah. Gue buntu seorang teman berdiskusi. Seorang teman yg bisa membawa gue jauh dari perasaan ini.

Seperti lu juga, gue bingung. Bingung memikirkan apa kah ini cinta yang gue alami. Mungkin gue saja yang inginkan perkara itu terjadi. Dan mungkin dia hanya menganggap gue sebagai teman melopor saja. Teman yg bisa mengisi masa lapang nye bersuka-suka gitu. Bajingan!

Tapi mengapa hati gue tidak mahu menerima hakikat? Apakah hati ini suka dipermainkan? Duyung! Cinta ini sukar diadeptasi ya? Maka nya usah dipermainkan loh. Tapi makin sukar rasanya memiliki dia, makin determin loh gue. Pusing banget!

Apa deh kekurangan diri gue ini. Kayak seksi lagik. Kurang moyong barangkali. Adeehh. Gue lagi pusing niih. Rindu nya tidak keruan sih. Masa tidurku tak lena, makan deh kurang senang lagi. Apa sih mau nya?.............

9:22 PM  

Post a Comment

<< Home