Tuesday, February 21, 2006

Kampung Di Singapura???

Tak lama lagi Geylang SERAI, (Bukan Geylang kawasan lain), akan diubahelok. :-(
Pada aku, ini bukan ubah elok, cuma nak hancurkan segala nostalgia yang masih dimiliki orang Melayu. Bukan aku tak sokong pembaharuan, cuma aku nak tengok beberapa warisan Melayu SINGAPURA (kalau negara lain, jangan cakaplah. Masih ada) dikekalkan. Kalau nak katakan 'Kampung' Melayu depan Darul Arqam tu, tu bukan kampung. Sejak bila kampung MELAYU penuh dengan kedai? Setahu aku, RUMAH kampung yang melambangkan sebuah perkampungan Melayu, bukannya kedai. Tu setahu akulah. Kalau ada yang aku tak tahu, anda beritahulah. Selain itu, sifat gotong-royong merupakan sifat utama sebuah kampung Melayu (selain RUMAH). Tapi kalau kedai tak buka, orang tak tinggal sana, ada ke sifat gotong-royong itu? Kalau ada, beritahu aku lah ya. Apalah agaknya si 'penghulu' tu buat ye? Tapi, aku musykil, siapa sebenarnya Penghulu 'kampung' tu? Atau adakah terdapat penghulu di 'kampung' itu? Sekarang aku harap, satu-satunya kampung Melayu di SINGAPURA, (yang aku tahu) Kampung Lorong Buangkok, akan dikekalkan keaslian sifat utamanya (boleh baiki seperti sistem longkang, BUKAN bina padang golf ke, kasino di sana ke...). Akhir sekali, ni bukanlah blog berbau perkauman ataupun menentang pemerintah. Jauh sekali. Tiap2 hari aku lihat bendera Singapura dinaikkan. Takkanlah aku nak menentang pemerintah negara tumpah darah aku ni pulak kan. Aku juga ada ramai kawan baik pelbagai bangsa dan agama. Ni semua cuma luahan hati seorang Muslim Melayu Singapura.
Tu saja perkara yang aku nak bualkan pada kali ini. Aku minta maaf jika 'termenyinggungkan' perasaan sesiapa di sana...