Friday, April 07, 2006

Kuasa ALLAH

Lagi2 sakit kaki, lagi2 sakit kaki. Aku terpaksa bercuti tiga hari di rumah. Tak dapat jumpa murid2ku yang kusayangi.

Namun aku redha je. Sebab ini ujian Tuhan terhadap aku. Mungkin ini tandanya aku kena kurangkan berat badan yang sangat gempal. Ya. Aku yakin. Aku boleh lakukan demikian. Tapi soal bila, aku tidak tahu. 0rang lain pun dah lali dengar azam aku itu. "Alah, dah bertahun cakap nak kuruskan badan. Tapi mana hasilnya?" kata mereka. Aku pun tak tahu nak cakap apa. Ni semua ditentukan Tuhan. Takkan buatan orang khianat kan?

Cuma aku berazam, selagi aku belum kuruskan badan, aku tidak mahu susah2 cari calon pasangan hidup. Sebab aku cerewet. "Kau cerewet sangat. Tu sebab belum nikah," kata orang. Tapi adakah mereka tidak cerewet? Tepuk dada tanya diri sendiri. Sekurang2nya aku tidak berselindung yang aku ni cerewet. Cuma aku tidaklah TERLALU cerewet. Hmmm, subjektif bunyinya. Tentu orang akan komen lagi. "Apa ni? Kejap cerewet. Kejap tidak terlalu cerewet," mereka akan berkata. Tapi kalau yang berkata tu sudah bernikah, aku beritahu: "Kau layan pasangan kau sua. Tak payah susah2 fikirkan aku." Kalau mereka belum berpunya, ini nasihat aku: "Tepuk dada tanya selera sebelum nak komen apa2".

Akhir kata, BUKANKAH J0D0H DI TANGAN TUHAN? Aku yakin satu hari nanti aku dapat menikahi gadis yang SUKA SAMA SUKA dengan aku. BUKAN aku tak suka dia, dia suka aku. DAN bukan pula aku suka dia, dia tak suka aku. Cinta TIDAK boleh dipaksa. Itu falsafah hidup aku.

Akhir sekali, Semoga ALLAH memakbulkan du'a dan permintaanku selama ini dan jauhkanlah aku daripada perbuatan mengkhianati dan dikhianati. AMIN.