Sunday, August 06, 2006

Tanda tangan, diari dan hulk.

Hmmm,

Lagi2 tentang murid. Maklumlah dah jadi guru, kehidupan tidak. boleh lari daripada murid. Tak lama dulu, (tak sampai sekurun yang lalu) aku hampir2 menyebat seorang murid darjah 2 ku. Mengapa? Sebab dia sudah bersikap maha biadab. Begini ceritanya...

Aku suruh murid2 suruh ibu/bapa tandatangan kertas ujian dan buku ejaan mereka. Suruh tulis dalam diari, takut terlupa. Esoknya 1O murid gagal buat begitu. Takpa. Sabar. Aku beri peluang sekali lagi. Esoknya lagi, 3 daripada yang 1O tu sahaja yang ikut arahan.

Darah dah mula naik... Aku suruh kesemua 7 orang tu bawa diari kepadaku. 4 TIADA diari.

Darah naik lagi... Takpa. Sabar. Aku tulis lah warkah pendek di diari atau kertas budak2 tu, beritahu ibu/bapa agar tanda tangan kertas ujian dan buku ejaan. Esoknya lagi, MASIH ada seorang murid GAGAL ikut arahan aku.

Ya para pembaca. Semasa buat kerja2 lebih ini semua, murid2 yang lain diabaikan. Ya. DIABAIKAN. Ini semua gara murid2 yang TAK IKUT Arahan. (mungkin akan ada orang kata, "aik? apa ni? jadi cikgu tapi tak mengajar?" Para pembaca, kalau aku tak buat kerja2 LEBIH ni, murid2 lain akan kata "aah. Cikgu tak buat apa2 kalau aku tak ikut arahan." Adakah korang semua nak anak2 korang jadi orang yang tak ikut arahan ketua apabila dewasa kelak? (arahan yang dimaksudkan ini bukan suruh terjun dari tingkat 1O atau bunuh diri. Arahan ni untuk kebaikan semua pihak). Kita teruskan...

AAARGH! Aku tinggalkan kelas untuk seketika. (Aku minta guru sebelah jagakan kelas aku sebentar. Aku suruh ketua kelas jaga kelas sebentar. Aku suruh semua murid kelauarkan senarai ejaan, hafal ejaan. Aku dah berjuta2 kali suruh mereka bawa senarai ejaan setiap hari) Aku bawa murid DEGIL tu ke bilik guru untuk telefon ibunya. 5 minit kemudian apabila aku tiba kembali ke kelas... ketua murid dan seluruh kelas sebagai saksi, beritahu yang dua murid main2 di kelas, TANPA senarai ejaan sebab tak bawa.

Darah dah sampai ke otak. Aku apa lagi. Suara ketua kawat di stadium semasa hari kebangsaan pun tak boleh lawan dengan pekikan aku. Tu takpa....

Yang betul2 buat aku HAMPIR SEBAT seorang murid ialah, tengah aku nak jadi hulk tu, adalah budak yang duduk di depan ni, dia TERTAWA. Ya. Para pembaca. Dia TERTAWA!

Aku terus suruh dia ke kelas sebelah sebelum aku betul2 jadi HULK dan sebat dia. Masalah besar nanti. Mulalah ibu bapa tulis surat kepada Pengetua, Surat khabar, Kementerian Pendidikan, 0IC, NATO, Persatuan Bangsa-bangsa bersatu, etc, etc kata guru ni dah dera budak. Habislah kerjaya aku. Padahal niat aku baik. Nak ibubapa tahu perkembangan pelajaran anak2 mereka. Ini semua gara2 tanda tangan dan diari.

Ha tulah. Aku BUKAN kata pekerjaan lain tu tak mencabar. Cuma lain kali KALAU korang (terutama yang bukan guru) nak kata "Alah. Cikgu kan kerja 7 pagi sampai 1 tengahari je. Apalah susah sangat jadi cikgu." Mehlah jadi cikgu. Korang boleh tak? Aku cuma nak kata jadi cikgu macam pekerjaan lain. Mencabar. Cerita tadi cuma masalah melibatkan murid je. Baru 5% cabaran jadi guru.