Thursday, November 23, 2006

Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah

Hari ini, keputusan PSLE diumumkan. Sekali lagi berita baik mahupun buruk menimpa para guru bahasa Melayu. Seorang rakan seperjuangan yang mengajar di salah sebuah sekolah di Singapura ini mengadu tentang tragedi yang saban tahun menimpa Jabatan Bahasa Melayu sekolahnya. Mengapa? Agak2 mengapa ya? Adakah tragedi itu ialah bahawasanya semua murid darjah enam yang mengambil mata pelajaran bahasa Melayu mendapat markah cemerlang? Inikah yang dinamakan berita buruk? Hmmm. Fikirlah ye tuan2 dan puan2. Namun, apa yang menjadi masalahnya ialah 2 orang murid, ya tuan dan puan2, DUA. Bukan dua belas, dua puluh, dua trilion mahupun dua googolplex. Berita DUA orang murid gagal dalam bahasa Melayu. "gred D", atau kira2 4.5% daripada jumlah murid darjah enam em2 di sekolah telah diwarwarkan kepada para ibubapa yang hadir di sekolah tersebut. Namun, apa yang TIDAK diberitahu kepada para ibu bapa tetapi PATUT diberitahu kepada mereka ialah betapa RAMAI murid BAHASA MELAYU yang lain di sekolahnya mendapat gred A* dan A dalam bahasa Melayu. Ya tuan2 dan puan2. Peratusan murid yang Lulus dengan BAIK ataupun 'warna2 berterbangan' bak kata omputih, sama atau lebih, berbanding dengan subjek2 lain. Saya pasti kami, para pendidik anak nusa dan bangsa, bukannya mahu dipuji atau disanjung kerana itu semua milik ALLAH. Cuma apa yang patut diketengahkan, harus diketengahkan. Kalau anda berkata:' alah, takkan budak melayu tak lulus melayu. hari2 cakap melayu'. Tuan2 dan puan2, murid2 bahasa Melayu sekarang ni tak macam dahulu, 2O, 3O tahun yang lalu. Sekarang ada murid2 bukan Melayu belajar bahasa Melayu di sekolah dan duduki peperiksaan seperti murid2 Melayu walaupun tidak bertutur bahasa Melayu. Sekarang juga mereka terdedah dengan budaya pertuturan Rojak. Sekejap bahasa Inggeris, sekejap bahasa Melayu digunakan dalam pertuturan harian mereka. Macam biskut pulak. Ada juga murid hanya bertutur bahasa Melayu di dalam kelas sekolah sahaja. Namun, akhirnya, mereka berjaya bukan sahaja lulus, tetapi LULUS dengan BAIK ataupun CEMERLANG. Jadi, persoalannya sekarang, saya ingin merayu kepada anda, terutama sekali ibu bapa, lestarikanlah bahasa Melayu dengan bertutur dengan anak2 menggunakan bahasa nenek moyang kita ini. Kedua, janganlah hanya mengetahui berapa orang gagal dalam peperiksaan dalam sesebuah sekolah itu. Tanyalah juga kepada pengetua, berapa ramai murid2 yang mendapat keputusan cemerlang. Ini pandangan peribadi saya. Jika saya 'ter'meny'inggung perasaan sesiapa, saya susun sepuluh jari minta ampun dan maaf.